1.
Asal-usul nama :
Menurut Sultan Umar – nama Terengganu
berasal dari perkataan taring anu, anu merujuk kepada sebutan sebagai harimau.
Menurut catatan Cina, Wang Ta Yuan nama
Terengganu disebut sebagai Tong Ya Nong dan Teng Ya Nung.
2.
Kerajaan Terengganu muncul apabila Tun Zainal Abidin Paduka Maharaja daripada
keluarga Bendahara Pahang dilantik menjadi raja Terengganu
3.
Baginda bergelar Sultan Zainal Abidin I.
4.
Baginda dilantik oleh Sultan Sulaiman (sultan Johor) kerana hubungan
persaudaraan dengan sultan Johor.
5.
Zaman kegemilangan Terengganu – semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah I
(sultan Terengganu ke-2).
6.
Terengganu menjadi pelabuhan pedalaman terpenting di kepulauan Melayu.
7.
Sultan Mansur Shah I melibatkan diri dalam perdagangan.
8.
Baginda turut melantik wakil-wakilnya menjaga urusan perdagangan.
9.
Barang dagangan ialah lada hitam, emas dan bijih timah.
10.
Terengganu jalin hubungan dengan Siam
11.
Hubungan berterusan apabila
Siam meminta bantuan Terengganu menyerang Raja Ligor.
12.
Ia dipersetujui oleh Sultan Mansor
Shah I.
13.
Sultan Mansor Shah I hantar
bunga emas ke Siam sebagai tanda persahabatan.
14.
Siam anggap Terengganu
mengakui ketuanan Siam.
15.
Sultan Omar – raja yang
berpegang kuat pada ajaran agama Islam
16.
Terengganu – negeri terawal yang menerima agama Islam.
17.
Abad ke-13, tembaga purba bertulisan ayat al-Quran ditemui di Terengganu.
18.
Prasasti Terengganu bertarikh 702 Hijrah atau 1303 masihi menyebut tentang
sepuluh darma atau undang-undang khususnya hukum jenayah Islam ditemui.
19.
Pengurusan cemerlang berkait rapat dengan ketegasan dalam menegakkan kedaulatan
negara.
No comments:
Post a Comment