Thursday 29 September 2016

Negeri Sembilan


1.    Asal-usul nama :
*      Negeri Sembilan terdiri daripada 9 buah daerah atau luak
2.            Daerah tersebut ialah :
*      Sungai Ujong
*      Rembau
*      Jelebu
*      Johol
*      Ulu Muar
*      Inas
*      Gunung Pasir
*      Terachi
*      Jempul.
3.            Kemajuan Melaka menarik minat orang Minangkabau ke  Tanah Melayu.
4.            Mereka menetap di Naning, Sungai Ujong dan Rembau.
5.            Mereka menunjukkan taat setia mereka kepada sultan Melaka kerana sultan Melaka berasal dari Melayu-Jambi.
6.            Sebelum kedatangan orang Minangkabau, telah wujud empat daerah kepunyaan penduduk asli iaitu :
*      Sungai Ujong,
*      Klang,
*      Jelebu
*      Johol.
7.            Keempat-empat daerah adalah dibawah penguasaan kerajaan Melaka.
8.            Selepas kejatuhan Melaka, Bugis mendirikan kesultanan Bugis di Selangor.
9.            Peristiwa ini menyebabkan suasana tidak aman berlaku di Negeri Sembilan.
10.          Keadaan mendorong penghulu-penghulu di Negeri Sembilan memohon kepada sultan Johor seorang putera raja untuk mentadbir negeri mereka.
11.          Johor memberi kuasa kepada penghulu-penghulu tersebut mendapatkan anak raja dari Pagar Ruyong iaitu Raja Melewar.
12.          Raja Melewar ke Siak dan Johor untuk meminta izin memerintah Negeri Sembilan.
13.          Raja Melewar ditabalkan sebagai Yamtuan.
14.          Amalan melantik pembesar dari Pagar Ruyong berakhir selepas Raja Lenggang menjadi Yamtuan Besar
15.          Negeri Sembilan adalah pengeluar bijih timah, beras dan hasil hutan.

16.          Keamanan sesebuah negeri dapat dicapai apabila keputusan dibuat secara muafakat.

No comments:

Post a Comment