Thursday, 29 September 2016

Sistem pemerintahan dan Pertadbiran Kesultanan Melaka

Sistem yang digunakan oleh Kerajaan Melaka berasaskan sistem pemerintahan Kerajaan Srivijaya di Palembang, ini membolehkan Sultan Melaka mewujudkan sistem pentadbiran yang tersusun dan cekap dengan jayanya. Sistem pentadbiran  Kerajaan Melaka dibentuk oleh anggota-anggota sebuah Majlis Tertinggi. Anggota-anggota majlis ini mempunyai tugas dan tanggungjawab yang terdiri bagi mentadbirkan Negeri Melaka.Bagi melicinkan urusan pentadbiran kerajaan Melaka, Sultan Melaka telah mengadakan satu sistem pentadbiran yang tersusun dan dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem Pembesar Empat Lipatan terdiri daripada kumpulan pembesar yang menjadi pegawai tadbir Kerajaan Melaka. Dalam sistem pentadbiran ini, sultan mengetuai teraju pemerintahan. Baginda dibantu oleh empat orang pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat. Mereka terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Pembesar Berempat dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas, dan Pembesar Tiga Puluh Dua.  

No comments:

Post a Comment