Thursday, 29 September 2016

Perkembangan Empayar Melaka



        Melaka bermula dari perkampungan nelayan yang kecil yang muncul sebagai sebuah pusat perdagang yang terkenal di gugusan Kepulauan Melayu. Antara faktor utama Kegemilangan Melaka kerana lokasinya merupakan lokasi yang strategik. Ini disebabkan Pelabuhan Melaka terletak pada laluan perdagangan antara Negeri China dan India. Lokasinya berada di tengah-tengah tebing Selat Melaka yang menghubungkan negara China ke India dan Timur telah menjadikannya tempat yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan yang paling penting di Asia Tenggara kerana menjadi tempat persinggahan perdagang-perdagang bagi mendapatkan bekalan makanan dan minuman. Selain itu,Melaka merupakan sebuah pelabuhan semula jadi yang terselamat dari ancaman angin Monsun Timur Laut dan angin Monsun Barat Daya. Faktor ini dapat menarik perhatian perdagang- perdang untuk berdagang di Perlabuhan Melaka dan perlabuhannya amat sesuai untuk kapal-kapal besar berlabuh. Di samping itu, Perlabuhan Melaka juga terletak berhampiran dengan kawasan pengeluaran bijih timah dan rempah ratus.Pada ketika itu,bahan-bahan ini merupakan bahan perdagangan yang amat penting.

       Kedatangan pedagang-pedagang Arab serta pedagang-pedagang dari Timur dan Barat telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot iaitu pusat membeli dan menjual barang dagangan.Perlabuan ini menjadi sibuk dengan ratusan kapal yang singgah setiap tahun. Bagi menjamin keselamatan Parameswara telah membina kediaman baginda di atas bukit yang berdekatan dengan muara Sungai Bertam kerana dapt memudahkan baginda mengawasi kegiatan perdagangan di Selat Melaka. Parameswara juga telah menubuhkan sebuah angkatan laut yang terdiri daripada orang-orang laut  untuk  mengawasi keselamatan para perdagang yang singgah di Melaka.Di samping itu, Parameswara telah mengambil langkah persahabatan dengan kuasa-kuasa luar seperti Kerajaan Siam. Parameswara telah  menghantar ufti tahunan ke Siam untuk mengelakkan Siam menyerang Melaka.Kebijakan Parameswara dalam memarintah Melaka telah menjadikan Kerajaan Melaka sebagai pusat perdagangan yang makmur.


      Pada abad ke 15, Melaka telah  muncul sebagai sebuah pusat perdagangan antarabangsa yang menjadi tumpuan dan menarik minat perdagang-perdagang dari timur dan barat.Antara kemampuan Melaka menjadi sebuah perlabuhan yang penting di dunia pada zaman ini adalah lokasinya yang strategik, selamat dari ancaman angin monsun, sesuai untuk kapal-kapal besar berlabuh, terletak berhampiran lombong bijih timah dan rempah ratus.Selain itu, pentadbirannya yang cekap dan tersusun, pelaksanaan undang-undang yang kemas iaitu Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka, pelaksanaan sistem cukai yang teratur iaitu sistem cukai berkeutamaan Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaran. Dan akhirnya, penggunaan Mata wang dalam hal ehwal perdagangan.

2 comments: