Melaka
bermula dari perkampungan nelayan yang kecil yang muncul sebagai sebuah pusat
perdagang yang terkenal di gugusan Kepulauan Melayu. Antara faktor utama
Kegemilangan Melaka kerana lokasinya merupakan lokasi yang strategik. Ini
disebabkan Pelabuhan Melaka terletak pada laluan perdagangan antara Negeri
China dan India. Lokasinya berada di tengah-tengah tebing Selat Melaka yang
menghubungkan negara China ke India dan Timur telah menjadikannya tempat yang
amat sesuai sebagai pusat perdagangan yang paling penting di Asia Tenggara
kerana menjadi tempat persinggahan perdagang-perdagang bagi mendapatkan bekalan
makanan dan minuman. Selain itu,Melaka merupakan sebuah pelabuhan semula jadi
yang terselamat dari ancaman angin Monsun Timur Laut dan angin Monsun Barat
Daya. Faktor ini dapat menarik perhatian perdagang- perdang untuk berdagang di
Perlabuhan Melaka dan perlabuhannya amat sesuai untuk kapal-kapal besar
berlabuh. Di samping itu, Perlabuhan Melaka juga terletak berhampiran dengan
kawasan pengeluaran bijih timah dan rempah ratus.Pada ketika itu,bahan-bahan
ini merupakan bahan perdagangan yang amat penting.
Kedatangan
pedagang-pedagang Arab serta pedagang-pedagang dari Timur dan Barat telah
menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot iaitu pusat membeli dan
menjual barang dagangan.Perlabuan ini menjadi sibuk dengan ratusan kapal yang
singgah setiap tahun. Bagi menjamin keselamatan Parameswara telah membina
kediaman baginda di atas bukit yang berdekatan dengan muara Sungai Bertam
kerana dapt memudahkan baginda mengawasi kegiatan perdagangan di Selat Melaka.
Parameswara juga telah menubuhkan sebuah angkatan laut yang terdiri daripada
orang-orang laut untuk mengawasi keselamatan para perdagang yang
singgah di Melaka.Di samping itu, Parameswara telah mengambil langkah
persahabatan dengan kuasa-kuasa luar seperti Kerajaan Siam. Parameswara telah
menghantar ufti tahunan ke Siam untuk mengelakkan Siam menyerang
Melaka.Kebijakan Parameswara dalam memarintah Melaka telah menjadikan Kerajaan
Melaka sebagai pusat perdagangan yang makmur.
Pada abad ke 15, Melaka
telah muncul sebagai sebuah pusat perdagangan antarabangsa yang menjadi
tumpuan dan menarik minat perdagang-perdagang dari timur dan barat.Antara
kemampuan Melaka menjadi sebuah perlabuhan yang penting di dunia pada zaman ini
adalah lokasinya yang strategik, selamat dari ancaman angin monsun, sesuai
untuk kapal-kapal besar berlabuh, terletak berhampiran lombong bijih timah dan
rempah ratus.Selain itu, pentadbirannya yang cekap dan tersusun, pelaksanaan
undang-undang yang kemas iaitu Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun
Melaka, pelaksanaan sistem cukai yang teratur iaitu sistem cukai berkeutamaan
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaran. Dan akhirnya, penggunaan
Mata wang dalam hal ehwal perdagangan.